Wednesday, November 25, 2009

Anjakan Paradigma

Pernahkah anda menaiki pengangkutan awam, atau dalam bahasa penjajahnya disebut sebagai public transport? Penulis percaya rata - rata anda diluar sana pernah menaiki jenis kenderaan sebegini. Penulis mengaku bahawa penulis merupakan seorang pelanggan tegar untuk penggangkutan awam kerana penulis tiada penggangkutan sendiri. Maka, penulis menjadikan penggangkutan awam sebagai altenatif jika ingin kemana - mana.

Namun, apa yang ingin dipalitkan diatas lembaran elektronik ini bukanlah semata - mata berkaitan dengan penggankutan awam sahaja, namun ia ada kaitan dengan penggangkutan awam. Isu yang sangat penting yang ingin penulis utarakan adalah berkaitan dengan sikap segelintir masyarakat Malaysia. Mengapa penulis mengatakan segelintir? Penulis masih percaya, masyarakat Malaysia masih ada yang berfikiran waras dan masih mempunyai sivik di dalam diri mereka.

Penulis merasa pelik dan janggal kerana negara Malaysia kini yang sudah 50 tahun merdeka, namun masih ada lagi golongan yang tiada kesedaran sivik. Nak salahkan siapa? Penulis percaya anda diluar sana lebih bijak dan lebih mengetahui. Ketertinggian kesedaran sivik menunjukkan betapa tingginya negara kita dimata dunia. Tidak hairanlah, selepas kejatuhan zaman empayar Eropah, pada abad ke 5 masihi mereka bangkit untuk menjadi kuasa dunia yang utama. Namun, dalam keghirahan mereka , agama ditolak tepi sehinggakan agama Kristian telah terbahagi kepada dua fahaman iaitu Katholik dan Protestan. (Nampaknya, penulis telah meleret.)

Kembali kepada tujuan asal, apa yang ingin dibangkitkan adalah soal kesedaran sivik di kalangan rakyat Malaysia. Ketika penulis ingin pulang ke habitat asal, seperti biasa penulis akan menaiki pengangkutan awam. Ini disebabkan oleh semester pada kali ini telah melabuhkan tirainya dan penulis akan bercuti selama sebulan lebih. Ketika berada didalam LRT, penulis berdiri dihadapan seorang wanita yang agak cantik dimana dilehernya tegantung kad matrik pelajar salah sebuah universiti di Kuala Lumpur. Terdetik dihati penulis untuk menegur, tetapi memandangkan orang terlalu ramai di dalam LRT tersebut, penulis mematikan niat tersebut.

Ketika berhenti di stesen Masjid Jamek, terdapat seorang wanita yang agak berusia menaiki LRT tesebut dan menghampiri penulis. Penulis merasakan agak kasihan kerana wanita berumur tersebut dalam kepenatan. Penulis mengharapkan seseorang akan memberikan wanita berumur itu tempat duduk. Namun setelah 10 minit berlalu, tiada siapa yang sanggup untuk memberikan tempat duduk mereka kepada wanita berumur ini. Penulis memandang ke arah wanita cantik yang duduk dihadapan penulis, namun wanita cantik tersebut seakan - akan tidak mengerti gerak tubuh penulis supaya dia memberikan tempat duduk tersebut kepada seorang wanita berusia itu tadi.

Penulis hanya mampu menggelengkkan kepala. Wanita cantik tersebut seakan - akan buta kerana tidak nampak dihadapanya ada seorang wanita berusia yang memerlukan tempat duduk. Hajat penulis untuk menegur wanita cantik tersebut terus terbantut akibat daripada sikap pentingkan diri wanita cantik tersebut.

Apa yang ingin disampaikan adalah, semua rakyat Malaysia perlu ada anjakkan paradigma jika ingin menjadikan Malaysia sebuah negara maju 2020. Jika perkara dasar ini tidak diubah, alamatnya Wawasan 2020 wacana Tun Dr. Mahathir akan berkubur. Kesedaran sivik perlu ada dalam diri setiap masyrakat Malaysia. Jangan pula nanti kita dilebelkan sebagai masyarakat Jahiliah 2020. Pena_eletrik signing off!!!

Friday, November 20, 2009

Malaysia : ditendang - tendang seperti bola..


Nampaknya, sudah lama penulis tidak memalitkan tintanya keataas secebis warkah elertronik ini. Ini disebabkan ada beberapa perkara yang tidak dapat penulis elakkan. Sepanjang "percutian" penulis, banyak perkara yang terjadi. Namun, penulis terpanggil untuk mengutarakan pendapat penulis dengan satu isu ini. Piala Dunia semakin hampir, namun sampai bilakah kita akan menjadi penyokong negara orang? Sampai bila kita mahu membanggakan kelab - kelab bola sepak luar? Ini lah isu yang akan penulis bangkitkan dalam warkah kali ini.

Malaysia dahulu digeruni oleh negara luar apabila berbicara berkenaan dengan bola sepak. Bahkan, satu ketika dahulu Korea Selatan pernah menjadi 'lauk' untuk Malaysia apabila berentap di pentas antarabangsa. Kita juga ada jogaan kita tersendiri seperti Mokhtar Dahari atau dikanali dengan nama gelaran Super Mokh dan ramai lagi jogaan - jogaan tempatan yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia satu ketika dahulu. Namun, saban hari bola sepak negara semakin layu dan terus layu dek pelbagai masalah yang menimpa F.A.M.

Satu ketika dahulu Malaysia pernah menduduki ranking 100 bola sepak dunia. Namun, kini Malaysia makin tersungkur kebawah menjadi 152 ranking dunia. Apa yang menjadi masalah kepada bola sepak negara? Ini akan dikupas kemudian. Dahulu penulis ada mendengar ura - ura bahawa FAM mensasarkan Malaysia akan memasuki Piala Dunia 2022. Kalau tiada sebarang usaha dilaksanakan, penulis berani mengata ia adalah satu mimpi disiang hari, namun jika ada usaha yang dilakukan, sekurang - kurangnya untuk layak ke play-off masih ada harapan.

Ingin penulis menegaskan disini bahawa, bukan mudah untuk layak ke piala dunia memandangkan banyak perkara yang perlu diambil kira. Perkara yang paling asas adalah memantapkan dahulu liga tempatan dan barulah boleh kita menyatakan hasrat untuk ke Piala Dunia. Baru - baru ini Malaysia tidak layak untuk ke Piala Asia yang akan diadakan pada 2011, Ini sudah menunjukkan bahawa betapa lemahnya Malaysia dalam soal bola sepak dirantau Asia. Apa yang perlu dilakukan untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak tanah air ialah, sikap persatuan itu sendiri yang memerlukan transformasi dalam menyelesaikan perkara - perkara yang berbangkit. Soal tidak membayar gaji pemain seharusnya tidak menjadi masalah, namun pengurusan kewangan yang tidak sistematik menjadi punca.

Ini adalah pendapat penulis sendiri, apakata biarkan sahaja Liga Super diswastakan. Ini mungkin boleh membantu dari segi kewangan. Seperti contoh Barclays Premier League (BPL) ia ditadbir urus oleh syarikat luar. Sudah waktunya FAM menjadikan ia sebagai salah satu jalan penyelesaian supaya soal kewangan tidak menjadi isu. Namun, soal pemain juga menjadi masalah, kerana kita punya ramai pemain yang berbakat. Dahulu kita ada rancangan realiti iaitu My Team, namun kini ia berkubur begitu sahaja. Kita lihat kini, pasukan My Team juga menghadapi masalah kewangan yang sangat meruncing. Pemain - pemain yang berbakat ini seharusnya tidak dibiarkan begitu sahaja kerana mereka inilah yang akan mengharumkan negara.

Titus James Palani, pernah meniti dibibir jurulatih yang inginkan beliau, namun mungkin ada sebab tersendiri Titus tidak mahu bermain untuk negara memandangkan peluangnya yang cerah dinegara Perancis. FAM perlu memainkan peranan untuk panggil semula pemain - pamain ini untuk menyarung jersi kebangsaan. Ingatkah kita Shaun Meloney pemain kebangsaan Scotland yang dilahir di Sarawak? Kita patut mencontohi Filipina yang memanggil semua pemain kelahiran Filipina bermain untuk negara meraka. Bahkan Indonesia juga sudah berbuat demikian. Irfan Bachdim yang bermain di Belanda telah dipanggil bermain untuk pasukan kebangsaan Indonesia. Jadi apa lagi FAM buat lah kerja anda, jangan hanya melangut menanti nasib yang tidak tahu apa yang akan jadi. Jangan nanti kita ternganga melihat Titus James Palani menjulang Piala Dunia bukan untuk Malaysia namun untuk negara Perancis. Pena_eletrik singning off!!!

Tuesday, July 28, 2009

Satu perhimpunan akan diadakan di Kuala Lumpur. Tetapi tiada maklumat terperinci. Ia berkenaan dengan bantahan ISA..(READ THIS)

Thursday, June 18, 2009

terbaru!!!

bloggers sekalian cheak out this page. Lanjutan daripada post yang lepas. Pasukan anti Malingsia(Malaysia). www.myspace.com/malingsia (lihat ini)

Tuesday, June 16, 2009

Jangan sesekali engkau khianati!!!


Dato' Seri Najib Tun Razak telah keluar dengan satu slogan iaitu "1 Malaysia" yang telah dibincangkan dimana - mana sahaja dan tidak terlepas juga di media. Pada dasarnya, konsep 1 Malaysia ini adalah untuk merapatkan jurang diantara kaum di Malaysia yang dapat penulis lihat sendiri bahawa sifat perkauman kini semakin menebal mutakhir kini. Apakah sudah tiada semangat perpaduan diantara kita semua? Sukar penulis untuk memberikan jawapan yang tepat kerana permasalahan ini sangat subjektif.

Penulis sendiri tidak dapat untuk menafikan bahawa, setelah 4 tahun penulis tinggal dikawasan yang dikelilingi oleh kaum Melayu, semangat perpaduan antara kaum kini semakin terhakis. Ini adalah pengakuan penulis sendiri. Jika dahulu penulis dikelilingi dengan jiran tetangga yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama namun kami tiada masalah untuk tinngal dalam satu kawasan. Malahan, kami juga bersekolah bersama - sama, bermain bola bersama - sama dan adakalanya kami akan pergi rumah ke rumah untuk menyambut perayaan masing - masing.

Maka apa yang penting sebenarnya ialah, semangat perpaduan itu mestilah dipupuk dari kecil lagi. Kita tidak seharusnya menghalang keluarga kita untuk bercampur dengan bangsa - bangsa lain. Malah prejudis terhadap kaum lain juga perlu dihapuskan sama sekali. Mengapa dahulu Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan EEC Thuraisingam boleh berkerjasama dalam menuntut kemerdekaan daripada pihak British dan begitu juga dengan nenek moyang kita terdahulu boleh hidup aman dan makmur ketika dahulu dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kaum Cina dan India adalah kaum yang datang ke Tanah Melayu untuk mencari makan.

Terus - terang penulis katakan jika semangat perpaduan tidak diterapkan kepada generasi muda kini, kelak tidak mustahil peristiwa hitam 13 Mei akan berulang kembali. Maka, kerajaan seharusnya peka dengan keadaan sekeliling dan perlu mencari penyelesaian permasalahan ini dari akar umbi dan perlu melihat masalah ini sebagai isu yang sangat serius. Jika tidak, sia - sia perjuangan menuntut kemerdekaan yang memerlukan perpaduan yang lebur begitu sahaja. Namun isu politik dan ekonomi tidak dapat lari daripada hal ini. Oleh yang demikian, perbezaan fahaman politik perlu ditolak tepi untuk menyelesaikan permasalahan ini.

Jumpa lagi di nukilan yang akan datang. Pena_eletrik signing off!!!

Friday, May 22, 2009

Bloggers read this!!!

Adakah anda bersutuju dengan cadangan yang diberikan agar bloggers perlu didaftarkan?
Mungkin sudah tiba masanya ada akta yang boleh menyekat kita daripada melakukan perkara ang boleh mendatangkan huru - hara di negara ini. Kebebasan menyebarkan maklumat tidak dapat disekat.Isu - isu yang tiada dalam media arus perdana menjadi pilihan masyarakat kini. jika ini yang terbaik apa salahnya diteruskan. Mahukah anda merasai pengalaman 13 Mei lagi? Fikirkan... Pena_eletrik signing off!!http://www.bernama.com/bernama/state_news/news.php?id=412780&cat=ct (Read this)..

Tuesday, May 19, 2009

untung vs keihklasan




Mungkin anda yang diluar sana sudah menonton kedua – dua filem ini. Jadi apakah reaksi kalian apabila menonton kedua – dua filem ini? Sebelum anda menjawab, biarlah penulis menyatakan pendapat penulis berkenaan dengan kedua – dua buah filem ini. Namun, penulis bukanlah seorang yang arif berkenaan dengan filem. Oleh yang demikian, penulis terpanggil untuk memberi pendapat yang ikhlas datang dari benak hati. Jika anda diberi peluang untuk menghasilkan sebuah filem, apakah yang anda inginkan? Kepuasan? Keuntungan barangkali. Ataupun tanggungjawab sosial yang anda ingin sampaikan kepada masyarakat. Bagi penulis, keuntungan bukanlah segala – galanya. Mungkin kini kita telah berada di suasana ’kapitalis’. Ini mungkin salah satu faktor mengapa keuntungan diutamakan.

Kedua – dua buah filem diatas merupakan contoh filem yang terbaik menunjukkan sesebuah produksi itu mementingkan keuntungan ataupun mementingkan karya yang ikhlas yang datang dari hati. Kini masyarakat dimomok – momokkan dengan pelbagai cerita seram dan ganas. Ini telah menjadi ’trend’ masakini untuk menghasikan filem – filem sebegini rupa yang kadangkala bersepah – sepah dipawagam. Apa yang dapat diperhatikan penulis, sehinggakan satu keluarga pergi menonton filem – filem sebegini. Penulis tidak dapat nafikan bahawa ia adalah salah satu cara untuk beriadah bersama keluarga, tetapi disorongkan kepada anak – anak kecil dengan filem – filem sebegini rupa dapat memberikan siknifikasi yang amat besar terhadap pemikiran kanak – kanak.

Jadi ibu bapa perlu ada cheak and balance dalam hal – hal sebegini dan rasionaliti dalam membuat sebarang keputusan. Terus – terang dikatakan bahawa, penghasilan filem perlulah datang daripada hati yang ikhlas. Nescaya, keuntungan itu akan datang kemudian. Suka saya ambil contoh filem – filem seperti Transformers, HULK, 2 Fast 2 Furious dan sebagainya. Kesemua filem ini jika anda teliti tidak pernah memenangi apa – apa anugerah. (Jika ada tolong beri tahu dan lampirkan bukti). Filem seperti No Country For Old Man dan Slumdog Millionaire telah diangkat menjadi juara di festival filem. Ini kerana filem – filem sebegini mempunyai apa yang dipanggil sebagai nilai filem bukan hanya mementingkan keuntungan. Jadi kepada anda diluar sana renung – renungkanlah. Jika anda seorang pengamal filem, anda harus tahu tugas anda. Pena_eletrik signing off.

Monday, May 18, 2009

Inikah yang dikatakan pemimpin rakyat??


Seorang yang dikatakan pemimpin adalah seorang yang bijak menilai dan pandai membuat keputusan. Namun, apa yang penting ialah, boleh memimpin masyarakat. Namun, jika pemimpin sendiri yang tidak menunjukkan dia adalah seorang pemimpin alangkah malangnya dia. Maka, penulis ingin menegaskan pada pemimpin diluar sana, anda sebenarnya diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Jangan sampai sifat hormat kami pada anda terhakis. Namun apa yang terjadi pada persidangan pada baru - baru ini amat memalukan penulis. mengapa harus terjadi begini? Sampaikan ada mereka yang memanjat meja seperti murid yang didenda oleh gurunya. Ini sungguh memalukan kita semua. Kami rakyat memantau segala apa yang anda lakukan. jika beginilah caranya, mmg tidak profesional mereka itu. Sudah - sudah lah dengan situasi politik yang goyah ketika ini, takkan kita mahu menyimbah lagi minyak ke atas api yang sedang marak. Anda yang punya kepala dan otak yang ada akal, fikirlah. Adakah pemimpin sebegini yang anda inginkan? Renungkan. Pena_eletrik signing off!!

Friday, April 24, 2009

kenapa begini!!!

Penulis amat terkejut..sungguh penulis tidak menyangka masih ada negara yang anti dengan kita. apa sudah jadi? Ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati.anda lihat dan perhatikanlah sendiri. pena_eletrik signing off http://www.myspace.com/pasukanantimalingsia

Sunday, April 19, 2009

Raja oh Raja..


Dimanakah silapnya? Kenapa institusi yang teragong ini mudah sahaja dipersendakan? Sudah lupakah kita tentang asal usul kita? Kalau tiada Raja, siapalah kita yang bernama Melayu. Tidak ingatkah kita siapa yang melindungi hak – hak kita sebagai orang Melayu? Mengapa ada yang masih mempersendakan institusi beraja di Malaysia ini? Kepada anda diluarsana, anda perlu sedar, tanpa isntitusi beraja, Melayu tiada apa – apa yang boleh dimiliki dan dibanggakan. Penulis memerhatikan senario yang berlaku kini lebih parah daripada dahulu. Bayangkan orang Melayu sendiri yang menderhaka kepada institusi beraja. Kita perlu sedar, Melayu kini tidak punya apa – apa jangan sampai Malaysia menjadi seperti Singapura. Selagi kita punya institusi beraja, peliharalah ia sebaik mungkin. Tiada siapa yang akan menjaga, kalau bukan kita orang Melayu sendiri. Sekarang ini, terdapat kaum – kaum lain yang telah berani untuk mempertikaikan institusi beraja. Apa semua ini!! Anda yang ingin mempertikaikan institusi beraja ini, anda perlu sedar bahawa anda adalah kaum pendatang. Penulis bukan ingin mengungkit sejarah lepas, anda mesti sedar Raja adalah lambang bagi kami orang Melayu. Kami berada dibawah institusi ini. Kami dipelihara oleh institusi ini. Jadi anda tiada hak untuk mempertikaikan kewujudan institusi ini. Kepada orang – orang Melayu diluar sana, bangkitlah. Sedarlah! Kita perlu menyanjungi Raja kerana Raja yang membuatkan kita masih boleh hidup dengan selasa dan aman. Bayangkan apa yang akan terjadi jika institusi ini berkubur begitu sahaja. Renung – renungkanlah wahai orang Melayu. Pena_eletrik singning off!

Saturday, April 18, 2009

setengah billion


Ini merupakan lakaran sebuah istana yang bakal menggantikan Istana Negara Yang Dipertuan Agong yang sedia ada. Ia terletak di jalan Duta. Tidak silap penulis kerja - kerja pembinaan akan bermula Jun hadapan. kepada anda diluar sana penulis ingin mendengar pandangan anda berkenaan dengan pembinaan istana baru yang bakal menggantikan Istana Negara yang sedia ada. kos pembinaan menelan belanja dalam setengah billion!!! sekali lagi pena_eletrik signing off!!

Monday, April 13, 2009

kini kau kunjung tiba dihujung semester!!

apakah perasaan anda bila membaca tajuk diatas??bagi penulis, ada sedikit rasa kecuaakan disitu. Adakah anda semua memahami maksud penulis? Apa yang penulis maksudkan ialah peperiksaan yang kononnya untuk menguji tahap kemampuan kita sebagai pelajar. namun, penulis perlu hadapi jua. bagi pelajar UiTM, kini kita berada dalam minggu - minggu untuk menjalani peperiksaan. Ini adalah situasi yang biasa jika kita belajar. malah, kita berada disekolah sekali pun kita akan berhadapan benda yang sama. Jadi, dikesempatan ini, penulis ingin menyeru kepada anda diluar sana yang bergelar pelajar, semoga berjaya menempuhi peperiksaan. apa yang penting, kesihatan anda haruslah diutamakan. Pada masa yang sama penulis ingin memohon ampun dan maaf jika penulis ada menyakiti hati mana - mana pihak (perkara yang sama yang dilakukan jika tiba waktu peperiksaan). tiada terlintas niat dihati untuk mengondem sesiapa. jadi, bersama - sama kita berusaha untuk berjaya. pena_eletrik signing off!!

Friday, April 10, 2009

che det dan rocky bru..

salam sejahtera..
puas penulis mencari - cari, akhirnya jumpa juga..
dua blog ini lah yang menarik minat penulis untuk mengikuti..
seorang adalah bekas perdana menteri Malaysia,
dan seorang lagi merupakan jurnalis..
mari kita ikuti kedua - dua blog yang penulis 'mention' diatas..
anda pasti akan tertarik dengan kedua - kdua blog ini..
selamat mem'blog'!
skali lagi, pena eletrik signing_off!!

Saturday, March 28, 2009

apa yang akan jadi lepas ini?

Perhimpunan agong UMNO sudah berlalu. Segala persoalan telah terjawab. siapa ketua pemuda? anda sendiri sudah tahu orangnya. Tidak disangka - sangka Khiry Jamaluddin berjaya memenangi jawatan pemuda UMNO. walaupun ada yg mencemuh beliau, namun itu, beliau yang berjaya dipilih untuk pmuda..penulis langsung tidak terkejt dengan pemilihan beliau. penulis sudah mengagak siapa yang bakal mengisi tempat tersebut. apa yang penulis dapat lihat, populariti khairi jamaluddin masih hebat.Jumaat ini akan bermula lah era pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak menggantikan Pak Lah. Kita akan lihat apa yang mampu Datuk Seri Najib Tun Razak akan buat pada negara. Jadi, mari lah kita sama - sama melihat satu era pentadbiran yang baru. Penulis tidak sabar untuk menanti apakah senario politik selepas ini. jadi kita sama - sama tunggu..Pena_eletrik signing off!!!

Friday, March 27, 2009

layak kah kau ?!

Al-kisah sesiapa sahaja yang dilahirkan didunia ini adalh seorang kalifah. namun soalnya anda layak atau tak, itu blakng cerita. Bila penulis merenung kembali, masih ada juga yang berani untuk menjadi pemimpin padahal dia sebenarnya tidak layak untuk menjadi pemimpin. Sebelum kita menjadi pemimpin kita perlu terlebih dahulu dipimpin. jika tidak, yang jadi pemimpin tersebut akan menjadi 'gila kuasa'. Mereka yang 'gila kuasa' ini tidak pernah dipimpin sebelum ini. Kita akan dapat melihat ,mereka yang 'gila kuasa' ini terlalu taksub dengan pangkat. akibatnya, orang yang berada dibawahnya akan menjadi mangsa keadaan. Pernah satu ketika seorang manusia ini menjalankan kuasa vetonya terhadap penulis. Segala apa yang dilakukan adalah silap. Semua yang kami lakukan tidak betul. Seolah - olah kehadiran kami dalam berorganisasi tidak wujud.Jika kami tidak membuat apa yang disuruh, kami ini tidak tau nak buat katanya. Seolah - olah hanya dia seorang sahaja yang betul. sudahlah berperangai buruk begitu, tambah pula dengan cara si lakhnat itu memberi arahan kepada kami seolah - olah kami ini kuli kepada manusia yang bernama lakhnat itu. Ini kah yang dikatakan budi bahasa? Penulis merasakan manusia tersebut patut hidup dalam hutan dan memberi arahan kepada binatang - binatang yang berada dalam hutan tersebut. jangan fikirkan anda yang terbaik. jangan anda fikir anda mendapat pujian dari pelbagai pihak anda seorang pemimpin yang bagus. Sebenarnya jika mereka yang melontarkan pujian tersebut melihat situasi yang sebenar, penulis rasa anda akan dikeji, dihina dan dicemuh melihatkan bagaimana anda memimpin. Seorang pemimpin yang baik, dia akan mendengar segala permasalahan orang bawahannya, namun apa yang terjadi apabila seseorang ingin bersuara, anda pula sibuk mencelah dan menganggu perbualan tersebut. Ini kurang ajar namanya!! Tolonglah beri peluang kepada meraka yang ingin beri penerangan. jangan ganggu percakapan orang. jika ini berlaku banyak perkara yang mudah akan menjadi rumit. Penulis pernah melalui situasi begini. Sedang penulis memberi penerangan, tiba - tiba si lahknat ini menyampuk dan dia yang mengambil alih penerangan ini tadi. Penulis merasakan manusia ini tidak pernah dididik bagaimana menjadi seorang yang boleh 'respect' orang lain ketika sedang memberi penerangan. Manusia ini berlagak dia pandai dari semua bidang. Apa yang disampaikan oleh manusia yang tiada sivik ini sebanarnya penulis juga ingin sampaikan. Memandangkan manusia yang tiada sivik ini telah menggangu penerangan penulis, penulis merasakan sudah tiada 'mood' untuk beri penerangan. Jika 2 orang yang bercakap dalam satu masa, mana satu yang mahu diikut oleh mereka? anda sebenarnya nampak sahaja bagus, tetapi anda sebenarnya bodoh kerana tidak memikirkan apa yang akan terjadi apabila dua orang bercakap pada masa yang sama. mesej yang ingin disampaikan tidak akan sampai. tujuan penulis menulis ini bukan ingin dituju pada sesiapa, namun siapa yang makan cili dia akan merasakan pedasnya. ini hanyalah sekadar luahan perasaan hati penulis. Jangan anda fikir anda bagus dari setiap perkara. jangan sampaikan anda memperbodoh - bodohkan orang lain depan orang ramai. Jangan fikir diri anda sahaja bagus. Jangan fikir anda sorang hebat. Ingat, anda tidak bagus mana pun sebenarnya. Jangan suka merendah - rendahkan orang. Ini bukanlah ciri - ciri seorang pemimpin. Namun apa yang penting anda tidak bagus sebenarnya. Anda sahaja yang perasan anda bagus. Terpulang pada anda kalau anda ingin teruskan sikap begini. Jangan sampai satu hari anda akan dipulau dan dicampakkan ke tengah laut tanpa bergantung. Ingatlah perasaan semua orang. Semua orang ada hati dan perasaan. Penulis bukanlah seorang yang bagus, penulis mengakui penulis bukan seorang yang bagus. Tetapi penulis cuba untuk berkerjasama dengan semua orang dan berkerja bersama - sama. Bukan hanya mengarah tak tentu hala. Kami ini bukan robot, dikala tidak boleh dipakai dicampak ke besi buruk. Namun kami ini manusia yang punya hati dan perasaan. Penulis hanya ingin mengingatkan sahaja. Terpulang pada anda untuk menilai. Ingin penulis nyatakan, penulis bukan seorang yang bagus. Tetapi penulis belajar dari kesilapan. Jangan jadikan ini sebagai satu kudis dalam diri kita. Akhir kata dari penulis, pena_eletrik signing off!!

Wednesday, March 18, 2009

oh air tin dan roti!

Penulis berada dalam bilik yang sangat suram. sebentar lagi peperangan akan terjadi. Jadi, penulis perlu menyediakan senjata untuk mempertahankan diri dari diserang bertubi - tubi oleh mereka yang berapi dengan penulis. Peperang pun bermula. Peperangan disini maksud penulis adalah sesi 'postmortem' yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu program berakhir. Ketua pngarah dilihat seakan - akan tidak berpuas hati dengan penulis. Maka bemula lah peperangan diantara kami. Masing - masing sudah bersiap sedia dengan senjata masing - masing. Pengarah memulakan serangan terhadap biro teknikal. Dia mengungkit kerana biro teknikal membeli sekaton air tin dan beberapa buku roti. hanya itu yang menjadi masalah antara biro teknikal dan pengarah program. Penulis sungguh pelik. Makanan punye pasal pun mau gado ka? Apa salahnya biro teknikal beli air tin dan beberapa buku roti? benda itu boleh dimakan bersama - sama. Bagi penulis kalau makanan tidak perlulah berkira sangat. walaupun benda - benda tu sume tiada dalam budjet. maka, biro teknikal bertekak dengan pengarah program. hanya pasal air tin dan roti. Macamlah tiada benda lain yang mahu diungkitkan dalam 'postmortem tersebut. Kalau diperhatikan, lebih banyak perkara yang penting boleh dingkit pada petang itu. Ini mugkin kerana pengarah program ingin membalas dendam terhadap biro tersebut kerana biro teknikal ini pernah menjadi pengarah program. kesian pada biro teknikal tersebut. Apa - apa pun penulis tetap menyokong anda dari belakang. Apa yang ketara, mereka ini berpuak - puak. dalam berorganisasi pun mahu berpuak - puak. Kalau beginilah gayanya, rosaklah organisasi kita. fikir - fikir kanlah wahai sahabat- sahabat ku. Pena eletrik signing off again..

Thursday, March 12, 2009

bangsat kau penjajah!!!

"Takkan Melayu hilang didunia!!!". itulah ugkapan yang dilaung- laungkan oleh Hang Tuah satu ketika dahulu. Penulis menyelak - yelak akhbr dihari mggu yg lalu. hemm...langkah untuk memansuhkan PPMSI adalah satu langkah yg baik. namun ia dicemari dengan perarakkan haram. itu yang mecacat - celakan perhimpunan tempoh hari. Penulis merasakan sudah tiba masnya kita memartabatkan bahasa melayu. kalau tidak kita siapa lagi! Mungkin ada pihak yang tidak akan bersependapat dengan penulis. Namun berapa ramai daripada kita sedar anda bahasa melayu adalah nadi bangsa. tidak bolehkah kita jadi seperti indonesia? rata - rata mereka mengamalkan bahasa mereka sendiri. baik cina mahupun india. sudahlah negara Malaysia ini kecil, kalau begini lah caranya, alamatnya negara Malaysia akan hilang daripada peta atlas yang mana negara ini yang pada asalnya mengamalkan bahasa Melayu. Penulis merasa bangga dengan adanya pertandingan pidato berbahasa Melayu yang disertai oleh orang luar negara. Nampaknya, apa yang penulis lihat masih ada lagi usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu. Kepetahan mereka berkata - kata membuatkan penulis sendiri kagum dengan mereka. Mengapa perlu kita bangga dengan bahasa penjajah? Penulis sebenarnya bukan anti dengan bahasa Inggeris, namun ada pihak yang cuba memperlekehkan bahasa ibunda penulis sendiri. Penulis hanya ingin mencadangakan bahawa, jika ingin meningkatkan penguasaan bahasa inggeris dikalangan pelajar, apa kata waktu bahasa inggeris digunakan sebaik mungkin untuk mengajar pelajar. Kita mungkin tidak boleh jadi seperti Jepun mahupun Korea, namun kita mesti mempertahan bahasa ibunda kita. Sedangkan di LOndon semua warganya berbahasa Inggeris, kenapa kita di Malaysia tidak semua boleh bertutur dalam bahasa ibunda kita sendiri? Jadi, anda diluar sana renung - renungkanlah. Mungkin kata - kata keramat Hang Tuah "Takkan Melayu hilang didunia" tidak akan menjadi kenyataan jika ada sahaja pihak yang ingin bahasa Melayu berkubur. Seperti biasa pena_eletrik signing off..

=)

Friday, March 6, 2009

aku di negara Hong Kong ke??

Memandangkan penulis akan cuti sehingga isnin ini, penulis mengambil keputusan tuk pulang ke rumah. perjalanan ke Kl Sentral ada dalam 1 jam memandangkan masa tersebut adalah waktu orang pulang dari tempat kerja, agak sesak sedikit. setelah sampai ke Kl Sentral penulis melepak sebentar di McD disana. Tepat jam menunujukkan pukul 5.30 ptg. Tiba2 penulis tergerak hati ingin pergi ke rumah mak sedara di bukit damansara. Memandangkan dri Kl Sentral ke Bkt Damansara tidak jauh, penulis mengambil keputusan tuk naik 'cab' sahaja. Sebaik sahaja penulis melabuhkan punggung, terasa sesuatu yang lain macam dengan 'cab' ini. namun pemandu tersebut hanya tersengih dengan penulis. Pemandu yang membawa teksi berkenaan ialah seorang berbangsa cina. tiba2 baru penulis perasan yang pemandu teksi tersebut memasang 'channel' radio berbangsa Cina. Satu haram tak paham. Nampaknya pemandu teksi tersebut tidak sensitif dengan kawasan sekeliling. Mungkin pemandu tersebut tidak perasan yang aku ini seorang berbangsa Melayu. Penulis hanya memekakkan telinga sahaja mendengar radio berbangsa cina. Penulis mula memikirkan inikah keharmonian yang dituntut oleh kerajaan. Apa yang ingin penulis tekankan disini, keharmonian antara kaum diMalaysia tidak seperti dahulu. walaupun penulis tidak hidup dizaman tersebut, namun penulis dapat rasakan. Mungkin kita telah dididik sebegitu rupa. Hasilnya, kurang interaksi antara kaum. Jurang antara kaum diMalaysia kian melebar. Seolah2 tiada batasannya. Kalau beginilah caranya hidup kita, nampaknya tak dapatlah kita nak mencapai wawasan 2020 yang cabarannya ingin merapatkan jurang antara kaum. Penulis berada di dalam teksi tadi berasa "adakah aku di Hong Kong?".
Fikir2kan. Sekadar renungan.

Tuesday, March 3, 2009

ayuh rakan - rakan ku!!!

perkataan yang pertama keluar dari mulut penulis sebaik sahaja tiba di kolej dimana penulis tinggal ialah "Penatttttt!!!!". Hari ini merupakan hari yang agak memenatkan. Memikirkan 'event' yang akan berjalan pada 20 Mac ini difakuti. Segala persiapan rancak dijalankan. Masing - masing komited untuk menjalan aktiviti ini. 'Event' ini bloeh dianggap besar kerana kami telah menjemput seorang wartawan yang berpengalaman membuat liputan ketika peperangan yang tidak sudah - sudah di Tebing Barat. Beliau merupakan seorang rakyat Palestin yang sering membuat liputan di sana. Namun apa yang yang terjadi hari ini, amat memenatkan penulis. Penulis dengan rakan setugas berlegar - legar disekitar Shah Alam mencari tempat untuk jemputan yang penulis nyatakan tadi. Dari pukul 2 ptg, sehingga 10 mlm baru lah kami dapat menemui tempat yang sesuai. Memandangkan bajet untuk 'event' ini tidak lah sebesar mana, namun kami tetap akan beri yang terbaik untuk 'event' ini. Ini disebabkan oleh, 'event' ini yang akan memberikan penanda aras terhadap 'event' yang mendatang. Kepada semua kru - kru yang terlibat, angaplah ini sebagai satu latihan untuk anda untuk mengadakan 'event' lebih besar satu hari kelak. Apa yang penulis dapat jaminkan, kepuasan mengadakan 'event' sebegini tidak ternilai harganya. Jika anda memikirkan anda penat, orang lain lagi penat. Jika anda memikirkan tentang 'assingment', orang lain pun ada 'assingment'. Ingatlah, orang yg berjaya sentiasa mencari jalan, namun orang yang gagal sentiasa mencari alasan. Adakah anda mahu tergolong dalam kelompok yang gagal? atau pun kelompok yang berjaya? terpulang pada anda sendiri. Tepuk dada, tanya lah diri anda. Sekali lagi pena_eletrik signing off!!!

Sunday, March 1, 2009

apa dah jadi brader!!!

penulis sering memerhatikan tingkah laku majlis tertinggi (MT) disebuah kolj kdiaman. pada awal penubuhan organisasi ini penuh dengan jnji2 manis. namun, apa yang penulis perhatikan disini tidaklah seperti mana berjnji pada awl penubuhan organisasi. Katanya kita semua adalah sebagai adk beradik. Namun sekarang segala pekung didada telah terungkai. Kini ada gerakan untuk mengulingkan ketua. Apa sudah jadi nie brader??!! klau selamanya begini sampai ble nk maju??ini lah sikap org melayu yang hanya tahu 'mengondem' org. penulis ingin bertnya kepada mereka2 yg bertanggungjwb, adakah anda cukup lyk untuk menggulingkan ketua anda??anda layak ke nak ganti beliau?beliau dilantik kerana mempunyai kriteria-kriteria yg tertentu. mungkin anda tidak dilantik mugkin anda mmg x layak jadi ktua. mungkin anda sememangnya langsung tidak layak utk mengisi kerusi MT!! manusia dalam dunia ini tiada yg sempurna. sedangkan si Bush yg terlalu diagung2kn oleh masyarakat dibarat itu pun kentutnya busuk.apatah lagi kita yang baru nak kenal konsep berorganisasi. seharusnya kita sama2 mnyokong beliau dari belakang. bukan tikam belakang brader!!namun penulis tidak sesekali untuk masuk ke dalam golongn yang ingin memecah belahkan organisasi. jangan ingat kami ini masih baru dalam berorganisasi sng2 kalian nak sebarkan dan mempengaruhi fikiran kami dengan ideologi sampah anda!!kami tidak pernah mudah terpengaruh. seorang ahli MT bertnya pada penulis dalam satu majlis," selekeh betul die tu. kau tak rase selekeh ke?". Lalu penulis dgn selamba menjawab, "apa masalah kau? Mati ke kau kalau dia selekeh?". tanpa membuang masa terus manusia itu menghilangkan diri. ada sahaja yang ingin di'kondem'. sedar lah diri anda itu. Anda kelihatan seperti seorang skema badut dari pandangn mata penulis. Mungkin pandangan org lain berbeza. Mungkin org diluar sama melihat anda seperti badut suruhan istana. Kita tidak tahu persepsi org diluar sana. Jadi jgn lah selalu menjadi penentang. kita tidak tahu sejauh mana org menyukai kita. mungkin kita akan lebih hebat ditentang berbanding org lain. sekali lagi pena eletrik signing off!!!

Thursday, February 26, 2009

tolong la bg kerjasama!

dalam menguruskan sesuatu majlis, bukan mudah. lagi2 kalau ada org yang tak beri kerjasama. dalam kelas penulis, ada seorang manusia yang macam gampang. penulis tak mahu nak bg tahu siapa. tapi, siapa yang makan cili dia akan terasa pedasnya. ape tak nya, masa 'meeting' bole pulak dia beraksi seperti badut - badut istana dihadapan kelas. Penulis nak tanya apa fungsi anda melakukan aksi sedemikian? alahai, jangan la dibuat aksi sedemikian di dalam kelas. program yang akan dijalan kan ini akan meletakkan penanda aras sejauh mana kita dapat berkerjasama sebagai satu kumpulan. penulis berkata sedemikian adalah kerana selepas ini banyak lagi 'event' yang akan dianjurkan oleh kita. bagi mereka yang telah beri kerjasama, terima kasih daun keladi penulis ucapkan. tanpa kerjasama anda semua, mungkin program ini tidak akan berjaya. bagi manusia yang saya maksudkan dalam penulisan ini, harap jgn marah dengan dengan penulis. penulis menulis berdasarkan fakta bukan auta. sekali lagi pena_elektrik signing off.

Tuesday, February 24, 2009

dilema indie dan underground

Hujan, MUH, Estranged, dan banyak lagi nama2 band indie yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Mugkin ini adalah impak daripada drama bersiri KAMI yang hangat sekitar tahun 2007. pada mulanya, band- band tersebut bergerak secara bawah tanah atau istilah yang paling tepat ialah 'underground'. Namun, meraka tidak lagi bergerak sebegitu rupa. Mereka sudah dikenali di arus perdana. Tidak tahu lah apa motif mereka kenapa ingin bergerak seiring dengan irama arus perdana. Tidak dinafikan, media juga memainkan peranan yang sangat penting. Ketelusan band2 ini berkarya tidak dapat dinafikan. Karya2 yg dihasilkan ikhlas datang dari hati mereka sendiri, tidak seperti irama arus perdana yg hanya mengikut permintaan pasaran. Bukan nak kata irama arus perdana tidak bagus, namun ketelusan berkarya dapat dilihat dari hasil nukilan mereka yang datang dari band2 indie dan underground. Lihat sahaja Butterfingers, mereka berjaya membentuk empayar muzik mereka sendiri. sudah 6 album telah dihasilkan dari album pertama iaitu 1. 2 miligrams hingga lah ke album KEMBALI. tapi, yang peliknya disini 2 album terkini Butterfingers adalah berbahasa Inggeris. Penulis menjangkakan selepas album Selamat Tinggal Dunia, Butterfingers akan keluar dengan album Inggeris semula, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Malah, Butterfingers juga telah memasuki RTM, dimana seperti yang kita tahu RTM sangat menitik beratkan etika hiburan yang kadang- kala payah untuk diterima oleh golongan remaja. Zaman telah berubah. Seperti OAG dan Flop Poppy, mereka adalah dari kalangan yang bergerak secara 'underground' satu ketika dahulu. Maka, band2 ini telah diterima oleh pendengar2 arus perdana. Penulis ingin mengimbas kembali ketika penulis pergi ke satu konsert dimana konsert tersebut menghimpunkan pelbagai band2 indie dan underground. Ketika itu Estrange membuat persembahan lagu 'Chocolate Syrup'. Penulis berkata pada rakan, "band ni layan la." Tidak menyangka Estange telah dinobatkan juara lagu. Baru2 ini, MUH pula telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan yang sama. Agaknya, juri dah buka mata pada band2 indie ini. Irama arus perdana yang hebat tewas. Bayangkan artis 'Superman' pun kalah ditangan MUH. Selepas itu penulis mula terfikir, adakah ini adalah satu fenomena yang sementara kerana ingin mengikut arus zaman? Kalau ini lah motif sebenar para juri pada malam tersebut, alamatnya industri muzik negara akan terus musnah. Syarikat rakaman pula sibuk mencari band2 sebegini kerana ingin mengikut arus zaman. Maka, disini band2 yang ada perlu bijak membuat keputusan. kebanyakkan syarikat rakaman akan 'meggunakan' band2 sebegini untuk meraih keuntungan. Maka pada band2 yang sedang meningkat naik, anda perlu sedar matlamat anda yang asal untuk berkarya. Kepada mereka yang selalu mengutuk band2 indie dan underground ini, hentikanlah. Karya- karya yang dihasilkan mereka jauh lebih bagus daripada irama arus perdana. Hanya nak ambil contoh, Love Me Butch telah beberapa kali membuat 'tour' sekitar Asia. Malah, Cromok juga pernah membuat 'show' di luar negara. Butterfingers, xpayah cakap la. Anda sendiri tahu. Sebenarnya ini adalah sebahagian daripada band2 indie dan 'underground' yang pernah membuat 'show' mereka di luar negara. One Buck Shot pernah ke negara China melakukan 'tour'. Malahan band2 ini juga yang menjadi 'opening act' untuk band2 yang besar yang datang dari Barat. Cuma, penglibatan mereka tidak dihebahkan di media2 arus perdana. Apa yang dibangga kan cuma cerita artis kita tayang 'body' yang tersebar di media. Apa yang memalukan sehingga kan aktiviti didalam kelambu juga di hebah dalam media arus perdana. Mungkin itu yang masyrakat Malaysia mahukan. terpulanglah pada anda semua. tepuk dada tnya la iman. pena eletrik signing off!

Sunday, February 22, 2009

kusut!!!

Hidup seorang pelajar bukan mudah. Lagi-lagi pelajar yang bergelar mahasiswa. Assingment x payah cakap la, bertimbun- timbun. Itu belum lgi dgn test, quiz dan sebagainya. Itu suma x menjadi masalah bagi aku. Yg jadi masalh nye ble nak buat group assingment. Mcm2 krenah yang terpaksa dihadapi. Klau dpt classmate yg ok, mmg besh. Sng nk buat kerja. Ni dpt yg pemalas, mmg x buat keje la jwb nye. Org seperti ni biasanya digelar 'sleeping partner'. Bertepatan dengan istilah yang diberikan. Akhirnya, yg dpt nama mereka yang hanya sekadar menumpang. Aku tak salah mereka yang ingin 'menumpang' tapi, kalian perlu sedar kesian pada rakan- rakan yang lain bertungkus- lumus buat kerja, yg jd 'sleeping partner' ni x buat pe2. Hanya duduk mengangkang terbaring terngaga. ubah la sikap anda wahai kalian sume. Nak bagi tau kat pensyarah, tak sampai hati pulak. Nanti kata makan kawan pulak. ak x fhm la dgn pelajar2 yang mcm ni. kalian ni suke makn darah kawn. terus terang aku cakap, aku lebih suke buat assingment individu berbanding berkumpulan. Penah jadi satu ketika dulu, die lagsung x buat ape2, last2 markah die yang lg tinggi daripada mber2 yang lain. Sian pd kawan2 yg lain. tapi xpe, masa masih pnjg lg. ada lg 2 tahun nak abis. kita lihat siapa yang akan terperangkap dengan situasi yang dia sendiri cipta. kepada meraka yang merasakan diri nya hanya 'sleeping partner' dalam group anda, anda masih ada masa untuk ubah sikap anda. jangan nanti anda terperangkap dengan sikap anda yang tidak bersungguh- sungguh. =)