Wednesday, November 25, 2009

Anjakan Paradigma

Pernahkah anda menaiki pengangkutan awam, atau dalam bahasa penjajahnya disebut sebagai public transport? Penulis percaya rata - rata anda diluar sana pernah menaiki jenis kenderaan sebegini. Penulis mengaku bahawa penulis merupakan seorang pelanggan tegar untuk penggangkutan awam kerana penulis tiada penggangkutan sendiri. Maka, penulis menjadikan penggangkutan awam sebagai altenatif jika ingin kemana - mana.

Namun, apa yang ingin dipalitkan diatas lembaran elektronik ini bukanlah semata - mata berkaitan dengan penggankutan awam sahaja, namun ia ada kaitan dengan penggangkutan awam. Isu yang sangat penting yang ingin penulis utarakan adalah berkaitan dengan sikap segelintir masyarakat Malaysia. Mengapa penulis mengatakan segelintir? Penulis masih percaya, masyarakat Malaysia masih ada yang berfikiran waras dan masih mempunyai sivik di dalam diri mereka.

Penulis merasa pelik dan janggal kerana negara Malaysia kini yang sudah 50 tahun merdeka, namun masih ada lagi golongan yang tiada kesedaran sivik. Nak salahkan siapa? Penulis percaya anda diluar sana lebih bijak dan lebih mengetahui. Ketertinggian kesedaran sivik menunjukkan betapa tingginya negara kita dimata dunia. Tidak hairanlah, selepas kejatuhan zaman empayar Eropah, pada abad ke 5 masihi mereka bangkit untuk menjadi kuasa dunia yang utama. Namun, dalam keghirahan mereka , agama ditolak tepi sehinggakan agama Kristian telah terbahagi kepada dua fahaman iaitu Katholik dan Protestan. (Nampaknya, penulis telah meleret.)

Kembali kepada tujuan asal, apa yang ingin dibangkitkan adalah soal kesedaran sivik di kalangan rakyat Malaysia. Ketika penulis ingin pulang ke habitat asal, seperti biasa penulis akan menaiki pengangkutan awam. Ini disebabkan oleh semester pada kali ini telah melabuhkan tirainya dan penulis akan bercuti selama sebulan lebih. Ketika berada didalam LRT, penulis berdiri dihadapan seorang wanita yang agak cantik dimana dilehernya tegantung kad matrik pelajar salah sebuah universiti di Kuala Lumpur. Terdetik dihati penulis untuk menegur, tetapi memandangkan orang terlalu ramai di dalam LRT tersebut, penulis mematikan niat tersebut.

Ketika berhenti di stesen Masjid Jamek, terdapat seorang wanita yang agak berusia menaiki LRT tesebut dan menghampiri penulis. Penulis merasakan agak kasihan kerana wanita berumur tersebut dalam kepenatan. Penulis mengharapkan seseorang akan memberikan wanita berumur itu tempat duduk. Namun setelah 10 minit berlalu, tiada siapa yang sanggup untuk memberikan tempat duduk mereka kepada wanita berumur ini. Penulis memandang ke arah wanita cantik yang duduk dihadapan penulis, namun wanita cantik tersebut seakan - akan tidak mengerti gerak tubuh penulis supaya dia memberikan tempat duduk tersebut kepada seorang wanita berusia itu tadi.

Penulis hanya mampu menggelengkkan kepala. Wanita cantik tersebut seakan - akan buta kerana tidak nampak dihadapanya ada seorang wanita berusia yang memerlukan tempat duduk. Hajat penulis untuk menegur wanita cantik tersebut terus terbantut akibat daripada sikap pentingkan diri wanita cantik tersebut.

Apa yang ingin disampaikan adalah, semua rakyat Malaysia perlu ada anjakkan paradigma jika ingin menjadikan Malaysia sebuah negara maju 2020. Jika perkara dasar ini tidak diubah, alamatnya Wawasan 2020 wacana Tun Dr. Mahathir akan berkubur. Kesedaran sivik perlu ada dalam diri setiap masyrakat Malaysia. Jangan pula nanti kita dilebelkan sebagai masyarakat Jahiliah 2020. Pena_eletrik signing off!!!

1 comment:

  1. sye brsetuju dgn anjakan paradigma itu..mmg sepatutnya ia diadaptasi ke dlm diri setiap individu..namun kita tidak mmpunyai autoriti untuk mgubah mentaliti segelintir masyarakat yg dimaksudkan...

    ReplyDelete