Thursday, December 6, 2012

terbaru dari pena berpeluru

Pagi Jumaat yang penuh syahdu dimulakan dengan bingkisan ringkas yang tidak seberapa ini. Lama tidak memalitkan tinta keatas peranti elektronik ini akibat dari kekangan masa yang tidak begitu menyebelahi penulis. Namun, saat bertukar minit, minit berganti jam, dan begitulah seterusnya. Pejam celik, pejam celik sudah hampir tiga tahun berkhidmat sebagai pembawa wacana masyarakat. Dalam tempoh tersebut juga pelbagai masam, manis, pahit dan segala bagai perasa menyinggah dalam kehidupan sebagai seorang wartawan mahupun sebagai seorang manusia biasa. Nukilan pada kali ini lebih kepada sesi pemanas jari jamari dikala lama tidak menempelak di ruang siber ini.

Esok, bermula sebuah kisah sang harimau yang bakal menghambat gajah putih. Ternyata akhir - akhir ini kelibat Harimau Malaya dalam arenanya mampu mengerunkan musuh umpama kehidupanya di belantara. Penulis mengharapkan yang terbaik bagi mempertahankan kejuaran pada edisi lepas.

Ayuh Harimau Malaya!!!