Thursday, June 18, 2009

terbaru!!!

bloggers sekalian cheak out this page. Lanjutan daripada post yang lepas. Pasukan anti Malingsia(Malaysia). www.myspace.com/malingsia (lihat ini)

Tuesday, June 16, 2009

Jangan sesekali engkau khianati!!!


Dato' Seri Najib Tun Razak telah keluar dengan satu slogan iaitu "1 Malaysia" yang telah dibincangkan dimana - mana sahaja dan tidak terlepas juga di media. Pada dasarnya, konsep 1 Malaysia ini adalah untuk merapatkan jurang diantara kaum di Malaysia yang dapat penulis lihat sendiri bahawa sifat perkauman kini semakin menebal mutakhir kini. Apakah sudah tiada semangat perpaduan diantara kita semua? Sukar penulis untuk memberikan jawapan yang tepat kerana permasalahan ini sangat subjektif.

Penulis sendiri tidak dapat untuk menafikan bahawa, setelah 4 tahun penulis tinggal dikawasan yang dikelilingi oleh kaum Melayu, semangat perpaduan antara kaum kini semakin terhakis. Ini adalah pengakuan penulis sendiri. Jika dahulu penulis dikelilingi dengan jiran tetangga yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama namun kami tiada masalah untuk tinngal dalam satu kawasan. Malahan, kami juga bersekolah bersama - sama, bermain bola bersama - sama dan adakalanya kami akan pergi rumah ke rumah untuk menyambut perayaan masing - masing.

Maka apa yang penting sebenarnya ialah, semangat perpaduan itu mestilah dipupuk dari kecil lagi. Kita tidak seharusnya menghalang keluarga kita untuk bercampur dengan bangsa - bangsa lain. Malah prejudis terhadap kaum lain juga perlu dihapuskan sama sekali. Mengapa dahulu Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan EEC Thuraisingam boleh berkerjasama dalam menuntut kemerdekaan daripada pihak British dan begitu juga dengan nenek moyang kita terdahulu boleh hidup aman dan makmur ketika dahulu dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kaum Cina dan India adalah kaum yang datang ke Tanah Melayu untuk mencari makan.

Terus - terang penulis katakan jika semangat perpaduan tidak diterapkan kepada generasi muda kini, kelak tidak mustahil peristiwa hitam 13 Mei akan berulang kembali. Maka, kerajaan seharusnya peka dengan keadaan sekeliling dan perlu mencari penyelesaian permasalahan ini dari akar umbi dan perlu melihat masalah ini sebagai isu yang sangat serius. Jika tidak, sia - sia perjuangan menuntut kemerdekaan yang memerlukan perpaduan yang lebur begitu sahaja. Namun isu politik dan ekonomi tidak dapat lari daripada hal ini. Oleh yang demikian, perbezaan fahaman politik perlu ditolak tepi untuk menyelesaikan permasalahan ini.

Jumpa lagi di nukilan yang akan datang. Pena_eletrik signing off!!!