Friday, July 23, 2010

Melayu oh Melayu...




Nampaknya kali terakhir penulis melontarkan komentar adalah 9 bulan yang lalu. Jika diambil kira, 9 bulan merupakan satu tempoh yang sangat singkat bagi mencapai perpaduan dikalangan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Penulis terbaca sebuah artikel dimana PAS dan UMNO mahu berkerjasama dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela nasib orang Melayu, namun sehingga kini penulis tidak nampak hasil daripada pertemuan serampang dua mata antara kedua - dua pemimpin tertinggi terbabit.


Nampaknya masing - masing punya agenda tersendiri, seolah - olah ceritera Israel dan Palastin yang ingin mencari jalan damai walaupun kita sedari bahawa Israel dan Palestin tidak akan berdamai sehinggalah tiba 'hari perhitungan'.
Bukan niat mahu menjatuhkan mahupun mengutuk kaum sendiri, namun sebagai suara kecil yang dahagakan perpaduan penulis hanya mampu memalitkan tinta di lembaran elektronik ini. Mungkin kata - kata Hang Tuah takkan Melayu hilang di dunia tidak lagi releven diguna pakai dikala bait - bait perpecahan kian ketara dikalangan orang Melayu kini.


Wujudnya 1 Malaysia yang kononnya dapat menyatukan semua, mengapa masih ada Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR? Melayu sudah berpecah kepada tiga golongan yang masing - masing punyai agenda tersendiri. Jika ditanya pada penulis, adakah Melayu akan bersatu? Semestinya jawpan yang akan keluar dari mulut penulis adalah tidak sama sekali.


Jika dilihat kembali arus media perdana bermati - matian menghentam si polan si polan. Media altenatif pula sibuk mengorek isu rasuah sana sini dan akhirnya melaga - lagakan orang Melayu umpama api yang sedang marak dicurahkan minyak petrol.


Penulis tidak menafikan, untuk bersatu memang satu perkara yang mustahil, namun demi bangsa Melayu, semua pihak harus memikirkanya. Adakah mereka mahu melihat generasi hadapan bangsa Melayu merempat ditanah sendiri? Mutakhir kini, ada golongan - golongan tertentu yang sudah berani mempersoalkan hak Melayu dan menafikan sekeras - kerasnya hak bangsa Melayu.


Terang - terang perkara ini sudah terjadi, namun adakah pemimpin mahu mendiamkan diri sahaja? Renung - renungkanlah. Pena eletrik undur diri!

p/s : situasinya sama seperti perpecahan umat Islam ketika kejatuhan Empayar Uthmaniah.