Friday, November 20, 2009

Malaysia : ditendang - tendang seperti bola..


Nampaknya, sudah lama penulis tidak memalitkan tintanya keataas secebis warkah elertronik ini. Ini disebabkan ada beberapa perkara yang tidak dapat penulis elakkan. Sepanjang "percutian" penulis, banyak perkara yang terjadi. Namun, penulis terpanggil untuk mengutarakan pendapat penulis dengan satu isu ini. Piala Dunia semakin hampir, namun sampai bilakah kita akan menjadi penyokong negara orang? Sampai bila kita mahu membanggakan kelab - kelab bola sepak luar? Ini lah isu yang akan penulis bangkitkan dalam warkah kali ini.

Malaysia dahulu digeruni oleh negara luar apabila berbicara berkenaan dengan bola sepak. Bahkan, satu ketika dahulu Korea Selatan pernah menjadi 'lauk' untuk Malaysia apabila berentap di pentas antarabangsa. Kita juga ada jogaan kita tersendiri seperti Mokhtar Dahari atau dikanali dengan nama gelaran Super Mokh dan ramai lagi jogaan - jogaan tempatan yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia satu ketika dahulu. Namun, saban hari bola sepak negara semakin layu dan terus layu dek pelbagai masalah yang menimpa F.A.M.

Satu ketika dahulu Malaysia pernah menduduki ranking 100 bola sepak dunia. Namun, kini Malaysia makin tersungkur kebawah menjadi 152 ranking dunia. Apa yang menjadi masalah kepada bola sepak negara? Ini akan dikupas kemudian. Dahulu penulis ada mendengar ura - ura bahawa FAM mensasarkan Malaysia akan memasuki Piala Dunia 2022. Kalau tiada sebarang usaha dilaksanakan, penulis berani mengata ia adalah satu mimpi disiang hari, namun jika ada usaha yang dilakukan, sekurang - kurangnya untuk layak ke play-off masih ada harapan.

Ingin penulis menegaskan disini bahawa, bukan mudah untuk layak ke piala dunia memandangkan banyak perkara yang perlu diambil kira. Perkara yang paling asas adalah memantapkan dahulu liga tempatan dan barulah boleh kita menyatakan hasrat untuk ke Piala Dunia. Baru - baru ini Malaysia tidak layak untuk ke Piala Asia yang akan diadakan pada 2011, Ini sudah menunjukkan bahawa betapa lemahnya Malaysia dalam soal bola sepak dirantau Asia. Apa yang perlu dilakukan untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak tanah air ialah, sikap persatuan itu sendiri yang memerlukan transformasi dalam menyelesaikan perkara - perkara yang berbangkit. Soal tidak membayar gaji pemain seharusnya tidak menjadi masalah, namun pengurusan kewangan yang tidak sistematik menjadi punca.

Ini adalah pendapat penulis sendiri, apakata biarkan sahaja Liga Super diswastakan. Ini mungkin boleh membantu dari segi kewangan. Seperti contoh Barclays Premier League (BPL) ia ditadbir urus oleh syarikat luar. Sudah waktunya FAM menjadikan ia sebagai salah satu jalan penyelesaian supaya soal kewangan tidak menjadi isu. Namun, soal pemain juga menjadi masalah, kerana kita punya ramai pemain yang berbakat. Dahulu kita ada rancangan realiti iaitu My Team, namun kini ia berkubur begitu sahaja. Kita lihat kini, pasukan My Team juga menghadapi masalah kewangan yang sangat meruncing. Pemain - pemain yang berbakat ini seharusnya tidak dibiarkan begitu sahaja kerana mereka inilah yang akan mengharumkan negara.

Titus James Palani, pernah meniti dibibir jurulatih yang inginkan beliau, namun mungkin ada sebab tersendiri Titus tidak mahu bermain untuk negara memandangkan peluangnya yang cerah dinegara Perancis. FAM perlu memainkan peranan untuk panggil semula pemain - pamain ini untuk menyarung jersi kebangsaan. Ingatkah kita Shaun Meloney pemain kebangsaan Scotland yang dilahir di Sarawak? Kita patut mencontohi Filipina yang memanggil semua pemain kelahiran Filipina bermain untuk negara meraka. Bahkan Indonesia juga sudah berbuat demikian. Irfan Bachdim yang bermain di Belanda telah dipanggil bermain untuk pasukan kebangsaan Indonesia. Jadi apa lagi FAM buat lah kerja anda, jangan hanya melangut menanti nasib yang tidak tahu apa yang akan jadi. Jangan nanti kita ternganga melihat Titus James Palani menjulang Piala Dunia bukan untuk Malaysia namun untuk negara Perancis. Pena_eletrik singning off!!!

No comments:

Post a Comment