Wednesday, December 14, 2011

gula - gula atau saguhati?

Malaysia bakal mengukir satu lagi sejarah, apabila negara bakal berhadapan dengan pilihanraya bagi memberi satu lagi ruang kepada rakyat untuk menjalankan tanggungjawab keatas sebuah negara yang berpaksikan demokrasi ini.

Sebut sahaja pilihanraya, sudah pastinya parti politik akan sibuk berkempen bagi memenangi hati rakyat. Ada yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara berkebajikan, malah ada yang sudah memberikan insentif sebanyak RM 500 kepada golongan yang layak.

Namun sejauh mana keberkesananya untuk memenangi hati rakyat? Anda sebagai pemilih tahu mana satu yang boleh dipertanggungjawabkan untuk melayari bahtera bernama Malaysia...

Tepuk dada, tanyalah selera...


Tuesday, December 6, 2011

Kini kembali...

Setelah beberapa ketika menyembunyikan diri, barulah penulis dapat melempiaskan segala yang terbuku di hati. Bukan merajuk, malah terkilan pun tidak sekali. Hanya mencari password yang hilang entah kemana. hahaha. Satu ketika dahulu hanya duduk di bangku pelajar, kini Alhamdullilah penulis sudah bergelar orang media di salah sebuah organisasi media terkemuka di tanah air. Rata - rata semua sudah mengetahui. Pada asalnya, tidak sedikit pun terbentak di hati ingin berkerja di salah sebuah organisasi media yang boleh dikatakan gah untuk ketika ini. Itulah dia, rezeki yang Allah berikan pada penulis.

Banyak perkara yang ingin di luahkan dalam lembaran kali ini, tetapi cukup sudah salam kembali diberikan bagi menghangatkan post - post yang akan datang.

Pena eletrik, signing off!!!