Wednesday, December 14, 2011

gula - gula atau saguhati?

Malaysia bakal mengukir satu lagi sejarah, apabila negara bakal berhadapan dengan pilihanraya bagi memberi satu lagi ruang kepada rakyat untuk menjalankan tanggungjawab keatas sebuah negara yang berpaksikan demokrasi ini.

Sebut sahaja pilihanraya, sudah pastinya parti politik akan sibuk berkempen bagi memenangi hati rakyat. Ada yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara berkebajikan, malah ada yang sudah memberikan insentif sebanyak RM 500 kepada golongan yang layak.

Namun sejauh mana keberkesananya untuk memenangi hati rakyat? Anda sebagai pemilih tahu mana satu yang boleh dipertanggungjawabkan untuk melayari bahtera bernama Malaysia...

Tepuk dada, tanyalah selera...


No comments:

Post a Comment