Tuesday, June 16, 2009

Jangan sesekali engkau khianati!!!


Dato' Seri Najib Tun Razak telah keluar dengan satu slogan iaitu "1 Malaysia" yang telah dibincangkan dimana - mana sahaja dan tidak terlepas juga di media. Pada dasarnya, konsep 1 Malaysia ini adalah untuk merapatkan jurang diantara kaum di Malaysia yang dapat penulis lihat sendiri bahawa sifat perkauman kini semakin menebal mutakhir kini. Apakah sudah tiada semangat perpaduan diantara kita semua? Sukar penulis untuk memberikan jawapan yang tepat kerana permasalahan ini sangat subjektif.

Penulis sendiri tidak dapat untuk menafikan bahawa, setelah 4 tahun penulis tinggal dikawasan yang dikelilingi oleh kaum Melayu, semangat perpaduan antara kaum kini semakin terhakis. Ini adalah pengakuan penulis sendiri. Jika dahulu penulis dikelilingi dengan jiran tetangga yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama namun kami tiada masalah untuk tinngal dalam satu kawasan. Malahan, kami juga bersekolah bersama - sama, bermain bola bersama - sama dan adakalanya kami akan pergi rumah ke rumah untuk menyambut perayaan masing - masing.

Maka apa yang penting sebenarnya ialah, semangat perpaduan itu mestilah dipupuk dari kecil lagi. Kita tidak seharusnya menghalang keluarga kita untuk bercampur dengan bangsa - bangsa lain. Malah prejudis terhadap kaum lain juga perlu dihapuskan sama sekali. Mengapa dahulu Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan EEC Thuraisingam boleh berkerjasama dalam menuntut kemerdekaan daripada pihak British dan begitu juga dengan nenek moyang kita terdahulu boleh hidup aman dan makmur ketika dahulu dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kaum Cina dan India adalah kaum yang datang ke Tanah Melayu untuk mencari makan.

Terus - terang penulis katakan jika semangat perpaduan tidak diterapkan kepada generasi muda kini, kelak tidak mustahil peristiwa hitam 13 Mei akan berulang kembali. Maka, kerajaan seharusnya peka dengan keadaan sekeliling dan perlu mencari penyelesaian permasalahan ini dari akar umbi dan perlu melihat masalah ini sebagai isu yang sangat serius. Jika tidak, sia - sia perjuangan menuntut kemerdekaan yang memerlukan perpaduan yang lebur begitu sahaja. Namun isu politik dan ekonomi tidak dapat lari daripada hal ini. Oleh yang demikian, perbezaan fahaman politik perlu ditolak tepi untuk menyelesaikan permasalahan ini.

Jumpa lagi di nukilan yang akan datang. Pena_eletrik signing off!!!

3 comments:

  1. betul2..saya sokong..dont prejudice 2 other races in msia..

    ReplyDelete
  2. isu perkauman dini hari hanyalah sebagai isu populis... jika kita ke Pelabuhan kelang, nah...lihat saja semangat perpaduan yg ditunjukkan oleh mereka yg berbilang kaum, Melayu, India, Cina... Isu perkauman hanya diperkudakan pada hari ini untuk menguar-uarkan masalah yg serius sedang dihadapi negara...tapi, isu serius yg sebenar? korupsi? Demokrasi? atau anak Pak Abu hilang tangan? nah! massa pada hari ini cuba dicaturkan mengikut polemik sang manusia yg berkuasa. bagaimana dgn isu PPSMI? Isu Gunalah Barangan Buatan Malaysia? kedua2 isu ini saling berkaitan...kenapa? sebab, kedua2nya dikatakan dapat menaikkan kualiti dan mutu negara sebagai negara yg membangun dna maju...tapi, PPSMI ini seharusnya perlu dipertimbangkan semula. kenapa? sebab, guna bahasa kebangsaan kn dapat menaikkan imej negara? bahasa Melayukan suatu masa dahulu pernah mengalami transformasi sbg bahasa lingua franca? bahasa antarabangsa? kenapa sekarang tidak? jepun, Perancis, dan lain-lain berjaya dan maju sampai hari ini? kenapa? sebab mengekalkan tradisi dan penggunaan bahasa ibunda sbg teras utama kepada kemajuan? jadi...apa salahnya bahasa melayu kita di majukan selangkah kehadapan? "menuju puncak, impian dihati bersama janji..azam sejati..." utamakan barangan buatan negara...rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...

    ReplyDelete
  3. saya sangat setuju dengan kenyataan saudari..namun begitu kita harus ingat bahawa kadang kala isu perpaduan ini hanya lah satu mainan dan boneka sahaja yang sering di ketengahkan oleh segelintir pihak, terutama pihak pemain politik dan para pengaruh alam di negara ini, supaya masing-masing dapat menjaga nama, populariri, kredibiliti dan sebagainya..sekiranya kita tegok dengan mata kasar kita, hari ini nampaknya Alhamdulillah kita masih teguh berdiri segabai bangsa malaysia tanpa ada sebarang percakaran. setakat bergaduh, berkasar, fitnah memfitnah, antara kaum adalah perkara biasa. kita tidak boleh lari dan lari tanpa berpaling ke arah realiti tersebut. justeru itu kita sendiri sebagai rakyat Malaysia seharusnya berfikir sejenal di dalam hati serta bertindak tanpa prejedusi terhadap satu sama lain. InsyaAllah Malaysia akan terus kekal berdiri sesama negara lain. Namun saya kagum dengan semagat patriotik awak! satu tepukan gemuruh untuk diri awak sendiri!

    ReplyDelete