Monday, May 18, 2009

Inikah yang dikatakan pemimpin rakyat??


Seorang yang dikatakan pemimpin adalah seorang yang bijak menilai dan pandai membuat keputusan. Namun, apa yang penting ialah, boleh memimpin masyarakat. Namun, jika pemimpin sendiri yang tidak menunjukkan dia adalah seorang pemimpin alangkah malangnya dia. Maka, penulis ingin menegaskan pada pemimpin diluar sana, anda sebenarnya diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Jangan sampai sifat hormat kami pada anda terhakis. Namun apa yang terjadi pada persidangan pada baru - baru ini amat memalukan penulis. mengapa harus terjadi begini? Sampaikan ada mereka yang memanjat meja seperti murid yang didenda oleh gurunya. Ini sungguh memalukan kita semua. Kami rakyat memantau segala apa yang anda lakukan. jika beginilah caranya, mmg tidak profesional mereka itu. Sudah - sudah lah dengan situasi politik yang goyah ketika ini, takkan kita mahu menyimbah lagi minyak ke atas api yang sedang marak. Anda yang punya kepala dan otak yang ada akal, fikirlah. Adakah pemimpin sebegini yang anda inginkan? Renungkan. Pena_eletrik signing off!!

3 comments:

  1. habes la malaysia..
    macam mana la negara luar tengok malaysia sekarang..
    yang penting lagi macam mana pandangan rakyat kepada pemimpin.
    sedihnya..

    ReplyDelete
  2. aku setuju sangat.
    situasi masa tu amat memalukan.

    ReplyDelete
  3. kadang2x manusia lupa untuk memandang ke bawah apabila berada di atas, dan kadang2x manusia lupa tentang kekuasaan Tuhan...harap kita akan sedar tentang hakikat ni...

    ReplyDelete