Sunday, April 19, 2009

Raja oh Raja..


Dimanakah silapnya? Kenapa institusi yang teragong ini mudah sahaja dipersendakan? Sudah lupakah kita tentang asal usul kita? Kalau tiada Raja, siapalah kita yang bernama Melayu. Tidak ingatkah kita siapa yang melindungi hak – hak kita sebagai orang Melayu? Mengapa ada yang masih mempersendakan institusi beraja di Malaysia ini? Kepada anda diluarsana, anda perlu sedar, tanpa isntitusi beraja, Melayu tiada apa – apa yang boleh dimiliki dan dibanggakan. Penulis memerhatikan senario yang berlaku kini lebih parah daripada dahulu. Bayangkan orang Melayu sendiri yang menderhaka kepada institusi beraja. Kita perlu sedar, Melayu kini tidak punya apa – apa jangan sampai Malaysia menjadi seperti Singapura. Selagi kita punya institusi beraja, peliharalah ia sebaik mungkin. Tiada siapa yang akan menjaga, kalau bukan kita orang Melayu sendiri. Sekarang ini, terdapat kaum – kaum lain yang telah berani untuk mempertikaikan institusi beraja. Apa semua ini!! Anda yang ingin mempertikaikan institusi beraja ini, anda perlu sedar bahawa anda adalah kaum pendatang. Penulis bukan ingin mengungkit sejarah lepas, anda mesti sedar Raja adalah lambang bagi kami orang Melayu. Kami berada dibawah institusi ini. Kami dipelihara oleh institusi ini. Jadi anda tiada hak untuk mempertikaikan kewujudan institusi ini. Kepada orang – orang Melayu diluar sana, bangkitlah. Sedarlah! Kita perlu menyanjungi Raja kerana Raja yang membuatkan kita masih boleh hidup dengan selasa dan aman. Bayangkan apa yang akan terjadi jika institusi ini berkubur begitu sahaja. Renung – renungkanlah wahai orang Melayu. Pena_eletrik singning off!

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. raja oh raja..
    kalau jadi raja tapi keputusan yang dibuat
    boleh dibatalkan kabinet/PM selepas 30 hari keputusan dibuat raja...Ape kes??
    peace ;D

    ReplyDelete
  3. itu undang - undang yang dh ditetapkan dlm perlembagaan. nk lwn perlembagaan ke??

    ReplyDelete
  4. itulah yang saya nak cakap...
    perlembagaan sendiri dah menghadkan kuasa raja..
    ha ha ha ha ha
    peace en.pena elektrik..
    apa2 pon penulisan anda bagus..
    sesuai jadi editor utusan malaysia..
    ;]

    ReplyDelete
  5. arashy!!!! aku x bace pon ko punya post ni..tapi i love you!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!love u so much!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. haha ucop cr publicity lak kat cni..
    hahaha.. neway gewd writing thou.. huhuhu..

    ReplyDelete
  7. ucupppppp!!!!!!! i love u so 2!!!!!!!! so muchhhhh mwahhhhx!

    ReplyDelete
  8. bagus...cuba menerapkan hasil tulisan anda disini...anda tidak menggunakan satu perkataan yang diringkaskan..malah anda berhati-hati ketika menulis..
    syabas buat anda...kupaskan lah apa-apa isu yang sentiasa bermain di benak anda..

    ReplyDelete
  9. RUMUSAN DARIPADA KIRANA,BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH..TAK SEMUA PERKARA DARI NEGARA LUAR ADALAH -VE...CONGRATS FOR YOUR SIKAP "JATI DIRI"

    ReplyDelete
  10. mcm ayien ckp sesuai jd penulis utusan malaysia...hahaha. surat khabar 100% partisan... bacalah Sinar...skeptikal la skit...hehehe.

    Raja...mmg ikut perlembagaan kuasa raja tertakluk pada perlembagaan n bkuasa dinegeri naungannya... jd dlm konteks kemelut politik perak, sbg pemerhati bebas, kita aku dpt lihat kemelut yg berlaku atas dasar LEGITIMASI... kalau kita baca paper mana2 pun, massa sekalian bercakap mengenai DEMOKRASI. apa itu demokrasi? dari rakyat? kepada rakyat? untuk rakyat? mana hak rakyat dalam memilih? rakyat dikudakan dalam sebagai alat mencapai matlamat... mengikut seorang tokoh realisme Niccolo Machiavelli (1469-1527) yg cukup trkenal dgn diktumnya 'the end justifies the means" brmaksud...matlamat menghalalkan cara. apa jua cara sekalipun, asalkan matlamatnya trcapai... man are born political animals...
    jadi, seharusnya dalam mengelakkan kemelut politik ini daripada terus berpanjangan dan berpanjangan...pulangkan mandat kepada rakyat untuk memilih leviathan yg baru... takkan mati punyalah kalau rakyat yg buat pilihan... "rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" btol???? renung2kan dan selamat beramal!!! hehehe. be skeptikal...

    ReplyDelete