Friday, March 6, 2009

aku di negara Hong Kong ke??

Memandangkan penulis akan cuti sehingga isnin ini, penulis mengambil keputusan tuk pulang ke rumah. perjalanan ke Kl Sentral ada dalam 1 jam memandangkan masa tersebut adalah waktu orang pulang dari tempat kerja, agak sesak sedikit. setelah sampai ke Kl Sentral penulis melepak sebentar di McD disana. Tepat jam menunujukkan pukul 5.30 ptg. Tiba2 penulis tergerak hati ingin pergi ke rumah mak sedara di bukit damansara. Memandangkan dri Kl Sentral ke Bkt Damansara tidak jauh, penulis mengambil keputusan tuk naik 'cab' sahaja. Sebaik sahaja penulis melabuhkan punggung, terasa sesuatu yang lain macam dengan 'cab' ini. namun pemandu tersebut hanya tersengih dengan penulis. Pemandu yang membawa teksi berkenaan ialah seorang berbangsa cina. tiba2 baru penulis perasan yang pemandu teksi tersebut memasang 'channel' radio berbangsa Cina. Satu haram tak paham. Nampaknya pemandu teksi tersebut tidak sensitif dengan kawasan sekeliling. Mungkin pemandu tersebut tidak perasan yang aku ini seorang berbangsa Melayu. Penulis hanya memekakkan telinga sahaja mendengar radio berbangsa cina. Penulis mula memikirkan inikah keharmonian yang dituntut oleh kerajaan. Apa yang ingin penulis tekankan disini, keharmonian antara kaum diMalaysia tidak seperti dahulu. walaupun penulis tidak hidup dizaman tersebut, namun penulis dapat rasakan. Mungkin kita telah dididik sebegitu rupa. Hasilnya, kurang interaksi antara kaum. Jurang antara kaum diMalaysia kian melebar. Seolah2 tiada batasannya. Kalau beginilah caranya hidup kita, nampaknya tak dapatlah kita nak mencapai wawasan 2020 yang cabarannya ingin merapatkan jurang antara kaum. Penulis berada di dalam teksi tadi berasa "adakah aku di Hong Kong?".
Fikir2kan. Sekadar renungan.

3 comments:

  1. aku rase dah mmg hakikat mmg cmtu. ko pekak kan jela tlinge ko k. tak pun kite ni bawaklah mp3 ke pe ke siri k. bertolak ansur tak pe! tapi jgn di tolak beransur-ansur!!!

    ReplyDelete
  2. hmmm... mungkin hidup di UiTM serba sedikit membuat kita kdg2 alpa bhw terdpt kaum lain di malaysia... apa yg sy nk ckap adlah sewaktu di peringkt sekolah sy dan rkn2 berbangsa lain sgt rpat... even kdg2 sy lbih dgn mreka berbnding mlyu... ape yg penting ialah fikir secra positif dan rasional... pemandu teksi itu mungkin tidak sedar akan kemahuan penulis... luahkn kpd nya... mungkin penulis boleh berborak bersamam nye... mugkin ia akan membwa sinar yg ebih baik...

    ReplyDelete
  3. Mr. Syer.
    di sekolah saya jg ada kwn berbngsa lain..
    namun mereka peka dgn keadaan sekeliling..
    tidak mcm pemandu teksi yg sya mksudkn ini..
    maka, persefahaman perlu wujud disini..

    ReplyDelete